Emas melonjak naik pada penghujung sesi semalam selepas risiko peningkatan geopolitik yang melibatkan Iran dan Israel mulai panas.
Selain itu, ucapan pegawai Federal Reserve (Fed) yang hawkish telah mencetuskan lonjakan dalam hasil Perbendaharaan AS dan menyokong pengukuhan mata wang dolar AS.
Sementara, harga emas kini berada pada paras $2,406.23 iaitu naik kira-kira 1.15% sejak awal pembukaan sesi Asia pagi tadi.
XAU/USD kini kekal meneruskan rentak bullishnya walaupun bank pusat AS memaparkan keluaran data ekonomi yang kekal optimis dalam pasaran buruh.
Semalam, Raphael Bostic dari Atlanta Fed menyatakan bahawa inflasi terlalu tinggi dan bank pusat AS masih mempunyai cara untuk meredakannya. Buat masa ini, Fed mungkin akan menahan dahulu untuk mengurangkan kadar faedah dalam tempohnya yang lama.
Presiden Fed New York, John Williams menyatakan bahawa Fed bergantung pada data dan menekankan bahawa dasar monetari berada di tempat yang baik dan mereka tidak akan tergesa-gesa untuk mengurangkan kadarnya.
Beliau merasakan bahawa tidak akan berlakunya kenaikan dalam kadar faedah dan Fed akan meningkatkannya jika ia satu keperluan.
Berikutan kenyataan Bostic dan data kukuh yang menunjukkan Tuntutan Pengangguran Permulaan AS kekal tidak berubah berbanding bacaan sebelumnya, logam emas itu terus meningkat.
Melihat pada konflik di Timur Tengah, serangan mengejut oleh Israel ke atas Iran pada pagi tadi telah mencetuskan panik dalam pasaran serta melonjakkan harga logam kuning mencecah $2,417.80.
Dalam ucapan Amir Abdollahian, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Iran berkata sekiranya rejim Israel memulakan serangan sekali lagi, Iran akan segera menyerang balas pada tahap maksimum.
Beberapa jam selepas ucapan itu, satu letupan kedengaran berhampiran lapangan terbang di bandar Isfahan tengah Iran.
Ketegangan perang ini akan terus mendorong komoditi tradisional untuk terus bertahan pada kemuncaknya kerana para pelabur mula beralih pada aset selamat.