Emas susut ketara pada penghujung minggu lepas apabila hasil bon Perbendaharaan AS yang tinggi di saat peserta pasaran menantikan pemotongan kadar faedah Federal Reserve (Fed) pada minggu ini.
Pada jam 9.15 pagi, harga emas berada pada paras $2,651.47 iaitu stabil sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Walaupun mencatatkan kerugian, emas melonjak hampir 1% pada minggu lepas berikutan data inflasi AS untuk pihak pengguna dan pengeluar yang bercampur-campur serta laporan Tuntutan Pengangguran Permulaan terkini memberi keyakinan pelabur dalam menetapkan kadar seterusnya.
Tumpuan peniaga beralih kepada mesyuarat dasar monetari Fed pada 17 dan 18 Disember dengan meramalkan peluang 93% untuk pemotongan kadar 25 mata asas.
Berikutan keputusan itu, pelabur akan melihat sidang akhbar Pengerusi Fed Jerome Powell bagi mencari petunjuk mengenai laluan dasar untuk 2025.
Selain itu, ia juga susut pada minggu lepas selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata bahawa beliau melihat tanda-tanda menggalakkan dalam melaksanakan gencatan senjata di Gaza.
Pada minggu ini, data ekonomi AS bakal menyajikan data PMI Global S&P, Jualan Runcit, Pengeluaran Perindustrian, Mesyuarat FOMC dan data Indeks Harga Perbelanjaan Pengguna Peribadi (PCE).