Logam kuning berundur kira-kira 0.90% pada penghujung sesi dagangan Asia di tengah-tengah sentimen yang berwaspada dan hasil bon Perbendaharaan AS jatuh.
Data terkini ekonomi AS menunjukan kelemahan serta menjamin kadar faedah untuk lebih rendah. Namun, XAU/USD masih didagangkan dengan kerugian dan mengembalikannya pada posisi rendah hujung bulan lepas.
Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,326.59 iaitu kekal sejak ia dibuka pada pembukaan dagangan pagi tadi.
Bukan komoditi tradisional sahaja, harga minyak mentah juga berada di bawah tekanan berat sebelum ini di saat kebimbangan bahawa ekonomi global mungkin berkembang pada kadar yang perlahan dan menjejaskan permintaannya dalam pasaran.
Hasil Perbendaharaan AS yang kebiasaannya menjadi petunjuk hala tuju emas turun tujuh mata asas untuk 10 tahun.
Namun, mata wang dolar AS didagangkan dengan keuntungan kecil sebanyak 0.04% dan menjejaki semula kedudukan kumpulan mata wang utama lain dengan naik kepada 104.08 mata asas.
Dari segi data, ekonomi AS memaparkan data keluaran JOLTS April dan Pesanan Barang Tahan Lama mencerminkan sentimen yang berdaya tahan namun ia lemah di tengah-tengah kos pinjaman yang lebih tinggi ditetapkan oleh Federal Reserve (Fed).
Petunjuk teknikal masih menganggap harga emas kekal berada di posisi tertinggi walaupun harganya jatuh di bawah SMA 50 hari pada $2,334. Posisi harga terkini dan momentum yang memihak kepada penjual mampu membuka jalan untuk berlakunya penarikan semula.
Dorongan bearish terkini bakal membuka aliran baru serta meletakkan paras sokongan pada posisi terendah 8 Mei pada $2,303 diikuti dengan posisi 3 Mei pada $2,277.
Jika berlaku lantunan semula, pasaran menjangkakan posisi sesuai pasaran pada $2,400 diikuti dengan paras ATH pada 2,450 serta kemuncaknya pada $2,500.