Emas naik mendadak lebih daripada 1% pada Khamis semasa penutupan sesi dagangan Asia walaupun hasil bon Perbendaharaan AS meningkat dan mengukuhkan lagi mata wang dolar AS.
Data ekonomi Amerika Syarikat memaparkan ‘kelembutan’ daripada jangkaan serta meningkatkan harapan pasaran untuk Federal Reserve (Fed) melonggarkan dasarnya dua kali pada 2024.
Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,358.13 iaitu susut sedikit daripada pembukaan sebanyak 0.07% sejak pembukaan.
Kelemahan data ekonomi AS terkini mendorong para pelabur menjangkakan pemotongan kadar faedah sebanyak 25 mata asas. Laporan tuntutan faedah pengangguran AS untuk minggu lalu yang lebih rendah daripada minggu sebelumnya melihatkan jumlah tuntutan meningkat melebihi anggaran.
Selain itu, data perumahan AS agak mengecewakan pasaran apabila laporan Permit Bangunan dan Perumahan mula menunjukkan arus penurunan.
Sebelum ini, Presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari menyatakan bahawa mereka mungkin akan mengambil masa satu atau dua tahun untuk menurunkan inflasi ke arah 2%.
Trajektori kadar faedah kini hanya bergantung pada keadaan ekonomi dan perlu disinflasi segera walaupun pertumbuhan ekonomi yang luar biasa.
Walau bagaimanapun, risiko geopolitik yang meningkat turut menjadi dorongan utama aliran logam emas meningkat. Ketegangan di Timur Tengah semakin meningkat apabila Israel mengancam untuk melancarkan serangan ke atas Hizbullah di Lubnan.
Di sudut lain pula, tindakan Rusia dan Korea Utara menandatangani perjanjian sekutu perang baru-baru ini mengheret para pelabur untuk meningkatkan daya tarikan logam kuning tersebut menghampiri paras rintangan.
Kontrak hadapan dana Fed Disember 2024 membayangkan pengurangan 36 mata asas menjelang akhir tahun.