Logam kuning terkenal itu menjunam jauh apabila Pengerusi Fed, Jerome Powell mengambil pendirian selepas bank pusat AS memutuskan kadar untuk mengurangkan kadar serta mengheretnya susut 2.28% pada dagangan Rabu.
Pada jam 9.15 pagi, harga emas berada pada paras $2,601.77 iaitu naik 0.62% sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.
Jerome Powell juga turut menyebut bahawa bank pusat mungkin menggunakan pendekatan yang lebih berhati-hati terhadap pelarasan dasar masa depan dan menyatakan langkah semasa masih kurang ketat.
Beliau menekankan bahawa risiko inflasi dan ketidaktentuan kekal condong ke arah atas dan sebahagiannya menunjukkan perubahan titik plot.
Powell juga mengunjurkan bahawa ia mungkin mengambil masa satu hingga dua tahun untuk inflasi kembali kepada sasaran 2% sambil memastikan keadaan semasa pasaran buruh tidak menimbulkan kebimbangan yang ketara.
Walau bagaimanapun, Fed mengurangkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada julat 4.25% hingga 4.50% dan keputusan tersebut tidak sebulat suara kerana Presiden Fed Cleveland, Beth Hammack memilih untuk mengekalkan kadar semasa.
Sementara itu, pasaran akan menantikan data KDNK AS Khamis dan tolok inflasi kegemaran Fed, Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) yang bakal memberikan kesan kepada permintaan emas.