“Memang kena mula balik daripada bawah, tapi CZ ada banyak pengalaman untuk bangkit balik.”
Changpeng Zhao (CZ), pengasas dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance memberi petunjuk kedatangan projek baharu tetapi dalam masa sama mengelak daripada berkongsi terlalu banyak butiran berhubung projek tersebut.
Susulan ahli komuniti crypto berspekulasi mengatakan token baharu bakal terlibat dalam projek yang akan datang, CZ menegaskan bahawa khabar angin tersebut sama sekali tidak benar dan ia menawarkan sumber pendidikan.
Oleh demikian, orang ramai perlu bersabar menunggu maklumat lanjut dikeluarkan dalam beberapa hari akan datang seperti dijanjikan oleh bekas CEO Binance tersebut.
Common knowledge berita tentang projek itu telah datang semasa Binance meraikan peristiwa penting di mana bursa kripto tersebut mengumumkan aset di bawah jagaannya berjaya melebihi $100 bilion pada 18 Mac 2024 daripada $40 bilion pada tahun lepas.
CZ yang kini berdepan tindakan penguatkuasaan sejurus selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkaitan pelanggaran Akta Rahsia Bank telah ditahan dalam tahanan, tetapi kemudian dibebaskan dengan jaminan $175 juta dan diperintahkan untuk tidak meninggalkan Amerika Syarikat (AS).
Jadi di sini dapat dilihat langkah baru-baru ini daripada Jabatan Kehakiman (DOJ) menunjukkan pihak berkuasa tidak beri peluang kepada CZ susulan beliau diberi mandat serahkan pasportnya dan dokumen perjalanan lain kepada penjaga pihak ketiga yang akan ditugaskan oleh peguam rekodnya.
Memang tidak dinafikan perjalanan dalam AS dibenarkan, bagaimanapun CZ dikehendaki pergi bersama penjaga pihak ketiganya yang akan terus pegang dokumen perjalanannya melainkan dinyatakan sebaliknya oleh Perkhidmatan Praperbicaraan atau mahkamah.
Suka dimaklumkan pengumuman tentang projek baharu tersebut menunjukkan bahawa CZ mungkin menggunakan masanya dengan baik sebelum dijatuhi hukuman.