US dolar kekal bergerak dalam prestasi muram setelah data yang diterbitkan di sesi New York semalam turut hadir dengan bacaan ‘merah’.
Tinjauan sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan sedikit penurunan untuk bulan Februari, namun angka masih berada di atas paras 50.0 mata.
Pelabur akan menantikan testimoni Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell hari ini di Washington DC sebelum tumpuan akan beralih kepada laporan data pekerjaan NFP AS pada penghujung minggu.
Ketika meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, kenaikan harga masih diperlihatkan semalam.
Selepas harga mendatar pada sesi Asia dan Eropah, lonjakan harga berlaku di sesi New York ketika US dolar alami penyusutan lagi.
Kenaikan tersebut dilihat telah berjaya mengatasi paras dagangan minggu lalu dengan mencapai sekitar 1.08750 sebelum berundur semula ke sekitar 1.08500 menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini.
Jika corak kenaikan harga masih berjaya diteruskan selepas ini, zon rintangan pada 1.09000 bakal diuji dan dijangka akan mengundang reaksi menarik harga di sekitar itu.
Kenaikan lebih tinggi melepasi zon itu boleh berlaku selepas terdapat isyarat lebih jelas untuk pergerakan bullish buat harga.
Namun waspada jika harga beri tanda-tanda untuk buat penurunan semula selepas gagal untuk meneruskan corak kenaikan sebelum ini.
Sasaran terhampir adalah untuk harga mencecah semula ke zon tumpuan 1.08000 untuk diuji seperti minggu lalu.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW