US dolar didagangkan suram pada pembukaan awal minggu semalam namun kembali paparkan pengukuhan semula pada sesi Asia pagi ini (Selasa).
Pelabur mula mengambil langkah berjaga-jaga ketika laporan berkenaan Donald Trump yang mengancam tarif sebanyak 25% bakal dikenakan ke atas barangan import Kanada dan Mexico.
Perkembangan dalam pasaran yang semakin meningkatkan risiko kepada pelabur akan kembali memberikan sokongan semula untuk pengukuhan US dolar.
Data-data ekoomi Amerika Syarikat (AS) akan diperhatikan pada sesi New York malam termasuk tinjauan keyakinan pengguna dan jualan rumah.
Meneliti pergerakan harga di carta pasangan mata wang EUR/USD, harga membuat cubaan untuk melepasi paras 1.05000 semalam namun gagal bertahan di atasnya.
Harga kembali susut untuk menutup dagangan sesi New York di bawah paras 1.05000 itu sebelum penurunan harga dipaparkan di awal sesi Asia pagi ini.
Harga junam melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu yang kembali memberi isyarat untuk harga menyambung pergerakan bearish seperti minggu lalu.
Penurunan yang dilanjutkan dilihat akan menguji paras 1.04000 sebelum menuju ke paras terendah dicecah di penghujung minggu lalu sekitar 1.03300.
Namun jika berlaku lantunan kukuh semula harga sehingga melepasi paras 1.05000, ada potensi untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Sasaran terhampir adalah untuk menguji paras rintangan tumpuan minggu lalu iaitu pada 1.06000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW