US dolar gagal paparkan pengukuhan pada dagangan Selasa semalam walaupun data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan yang memberangsangkan.
Tinjauan keyakinan pengguna AS catat angka yang baik atasi ramalan dan data JOLTS yang mengira jumlah tawaran pekerjaan yang dibuka pada Disember lalu adalah paling tinggi dalam tempoh 3 bulan.
Pergerakan mendatar US dolar dijangka akan berterusan untuk beberapa sesi terbaru sebelum pasaran bakal berdepan dengan mesyuarat FOMC.
Kadar faedah dijangka akan dikekalkan namun ucapan susulan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell lebih kritikal yang akan menjadi pemacu pergerakan pasaran selanjutnya.
Ini akan memberi impak ketara terhadap US dolar dan akan memaparkan arah pergerakan harga pada carta-carta utama.
Menilai pergerakan semasa harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, belum dapat dikenalpasti arah yang jelas sebelum keputusan mesyuarat diketahui awal pagi Khamis nanti.
Jika diperhatikan, penurunan harga berlaku pada awal minggu dengan paras sokongan 1.08000 telah diuji namun masih menyokong harga daripada jatuh lebih rendah.
Harga sedikit meningkat pada dagangan Selasa semalam hampir ke paras 1.08600, namun dilihat menyusut turun semula pada dagang yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu).
Pergerakan harga yang berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu memberi amaran awal untuk kejatuhan lebih rendah yang boleh berlaku.
Paras sokongan 1.08000 bakal diuji sekali lagi dan jika harga tembus ke bawah, pergerakan trend bearish akan diteruskan dan harga akan catatkan paras terendah terbaru 7 minggu.
Sasaran adalah untuk menuju ke paras tumpuan berikutnya yang berada pada sekitar 1.07000.
Sebaliknya, jika lonjakan harga pula yang berlaku, melepasi halangan MA50 akan melihatkan harga menuju kembali ke zon 1.09000.
Reaksi di sekitar zon itu akan diperhatikan dan jika berlaku kenaikan lebih tinggi, sasaran adalah untuk harga menyentuh semula paras rintangan pada ketinggian 1.10000 sebelum ini.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW