Prestasi merosot yang dipaparkan oleh US dolar pada dagangan Rabu semalam telah mengubah corak pergerakan harga pada carta-carta utama.
Data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan dilihat gagal merangsang pengukuhan US dolar yang telah didagangkan bercampur-campur sejak pembukaan awal minggu lagi.
Dengan situasi penyusutan US dolar, kebanyakan mata wang utama lain kini sedang mengambil kesempatan untuk memulih.
Euro antaranya paparkan pemulihan selepas alami kejatuhan ke paras paling rendah tahun ini berbanding US dolar pada minggu lepas.
Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menunjukkan pemulihan semula setelah minggu lalu jatuh ke paras terendah mencecah 1.03330.
Pada awal minggu ini, harga dilihat berlegar di sekitar 1.05000 sebelum pada Rabu semalam kenaikan harga berjaya diteruskan melepasi zon rintangan tersebut.
Di sesi New York, harga hampiri paras tumpuan 1.06000 yang diuji pada dagangan minggu lalu namun masih kekal menghalang harga dari meneruskan kenaikan.
Pergerakan perlahan di bawah zon itu menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Khamis).
Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan menembusi rintangan 1.06000 itu, harga bakal memaparkan corak bullish untuk catatkan paras ketinggian terbaru 2 minggu.
Sasaran seterusnya adalah untuk mencapai ke paras 1.07000 pula.
Namun jika harga berundur turun semula selepas gagal mengekalkan kenaikan semalam, zon 1.05000 bakal dihampiri semula dan reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan.
Tembus lebih rendah ke bawah akan memberi isyarat bearish kepada harga yang dijangka akan menuju paras 1.04000 atau kembali mencecah paras terendah minggu lalu.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW