US dolar dilihat masih lagi mengekalkan prestasi dagangan yang positif sehingga Selasa semalam apabila tiada faktor-faktor terbaru yang mengubah haluan pergerakannya.
Lemah seketika di sesi Eropah semalam, namun raja mata wang itu berjaya paparkan pengukuhan semula di sesi New York kemudiannya.
Pelabur mengekalkan jangkaan terhadap langkah pelonggaran dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang kurang agresif untuk dilaksanakan pada mesyuarat November.
Data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) akan diperhatikan pada Khamis yang bakal mempengaruhi dagangan US dolar.
Sementara Euro terus alami tekanan ketika mesyuarat polisi bank pusat Eropah semakin hampir.
European Central Bank (ECB) dijangka turunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas menyusuli pemotongan 60 mata asas pada mesyuarat September lalu.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, dapat diperhatikan harga kekal bergerak dalam trend bearish berlegar di paras terendah 10 minggu sekitar zon 1.09000.
Pergerakan harga kekal di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang menjangkakan kecenderungan untuk penurunan diteruskan.
Sekiranya terdapat petunjuk jelas pergerakan harga menurun ke bawah, sasaran akan beralih ke zon tumpuan berikutnya sekitar 1.08000.
Namun jika harga berjaya melonjak naik dari zon 1.09000 ketika ini dan turut melepasi halangan MA50, kenaikan akan cuba untuk hampiri semula 1.10000 sebagai rintangan terhampir buat harga.
Setelah isyarat perubahan trend bullish lebih jelas diperhatikan, harga bakal menuju semula ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti di 1.11000 dan 1.12000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK