Tumpuan utama pasaran pada minggu ini terarah kepada mesyuarat FOMC untuk pelabur menilai petunjuk terbaru berkenaan langkah pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).
US dolar walau bagaimanapun telah mempamerkan pengukuhan awalnya ketika suasana pasaran yang berjaga-jaga di samping di sokongan oleh terbitan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dengan angka bacaan yang baik.
Data tinjauan keyakinan pengguna serta pekerjaan JOLTS hadir dengan bacaan positif yang menyokong pengukuhan US dolar di awal sesi New York semalam.
Namun menuju dagangan ke penghujung sesi, raja mata wang itu kembali kehilangan momentumnya semula.
Jika diperhatikan pada carta EUR/USD, harga telah ditekan lebih rendah semalam dan dilihat menguji paras penting pada 1.08000.
Sekali lagi, harga menunjukkan reaksi di sekitar itu apabila kembali melantun semula setelah terjunan harga tidak berjaya diteruskan.
Kenaikan perlahan yang diteruskan pada sesi Asia pagi ini (Rabu) ke sekitar 1.08200 dilihat masih berlegar di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut dan dijangka bakal mengujinya.
Jika harga ditundukkan semula, paras 1.08000 bakal dihampiri sekali lagi.
Tembus lebih rendah ke bawah akan mencetus jangkaan untuk penurunan lanjut harga bakal berlaku.
Sasaran adalah untuk harga menuju sehingga ke sekitar 1.07000 pula.
Namun jika harga berjaya melonjak kukuh setelah melepasi halangan MA50, kenaikan harga berpotensi untuk menuju semula ke sekitar 1.09000 dan menguji zon rintangan tersebut.
Pergerakan harga dijangka akan dipacu oleh terbitan data di sesi New York malam ini seperti data pekerjaan ADP sebelum pasaran akan digegarkan dengan mesyuarat FOMC di awal pagi Khamis.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG