Pergerakan mata wang US dolar sedikit hambar pada pembukaan awal minggu semalam ketika pelabur menjangkakannya untuk menyambung pengukuhan dari minggu lalu.
Pada penutup minggu lepas, US dolar telah ketara mengukuh didorong oleh laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Mei yang memberangsangkan.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga dibuka lebih rendah 30 pips dari penutupan minggu lalu sekitar zon 1.08000.
Walaupun US dolar gagal teruskan pengukuhan, Euro dilihat gagal memanfaatkan situasi tersebut ekoran ketidaktentuan yang melanda Eropah selepas acara pilihan raya memberi tekanan kepada mata wang itu.
Penurunan harga diteruskan sehingga ke paras sekitar 1.07330 sebelum harga melantun sehingga ke penghujung sesi Asia ke sekitar 1.07600.
Pergerakan harga mendatar di sekitar tersebut sehingga menyambung dagangan pada awal sesi Asia pagi ini (Selasa).
Pun begitu, pergerakan harga yang kekal berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu masih memberi isyarat bearish buat harga.
Justeru, penurunan lebih rendah boleh dijangkakan berlaku lagi untuk mengatasi paras semalam sebelum catat paras terendah terbaru 6 minggu.
Sasaran penurunan yang dilanjutkan harga adalah pada zon tumpuan 1.07000.
Sebaliknya jika berlaku kenaikan semula, rintangan awal yang bakal diuji adalah paras 1.08000 yang berada pada zon SBR (support become resistance).
Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut dan juga mengatasi halangan MA50 akan memberi isyarat awal bagi perubahan trend semula.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW