US dolar kembali alami penyusutan semula pada dagangan Khamis semalam berikutan terkesan oleh terbitan data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang merosot.
Bacaan tersebut dilihat mengiringi laporan pekerjaan NFP yang diterbitkan pada minggu lalu sekaligus mencetuskan peningkatan semula terhadap jangkaan untuk langkah pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).
Data tinjauan sentimen pengguna AS oleh Universiti Michigan akan diperhatikan pula pada hari ini dan jika bacaan data juga lemah, akan terus memberi tekanan kepada US dolar.
Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah beralih arah dari corak penurunan dari awal minggu.
Kenaikan ketara tercetus semula di sesi New York semalam selepas US dolar melemah susulan reaksi pada data yang diterbitkan.
Dari paras terendah 1.07250, harga telah melonjak melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut yang kembali memberi isyarat perubahan trend buat harga.
Harga mengakhiri dagangan sesi New York di sekitar ketinggian 1.07800 sebelum perlahan di sekitar tersebut bersambung ke pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan, rintangan paras 1.08000 akan diuji dan dijangka mampu ditembusi harga.
Untuk kenaikan lebih tinggi, paras ketinggian terbaru akan dicatatkan dengan sasaran untuk menuju zon 1.09000.
Sebaliknya jika harga kembali menunduk turun di penutup sesi-sesi akhir untuk minggu ini, sasaran pada paras 1.07000 masih menjadi tumpuan buat harga yang belum dicecah.
Susut di bawah paras tersebut akan menjadi isyarat bearish lebih jelas buat harga dan pelabur akan bersedia untuk menyaksikan kejatuhan yang lebih parah.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG