US dolar tidak menunjukkan kesan pergerakan harga yang ketara ketika laporan minit mesyuarat FOMC diterbitkan pada awal pagi tadi.
Tiada perubahan ketara pada butiran minit yang diteliti seperti yang disampaikan pada mesyuarat tempoh hari.
Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell tidak melihat penurunan kadar faedah untuk dilaksanakan pada Mac.
US dolar tidak menunjukkan pengukuhan yang ketara ketika laporan tersebut diterbitkan, namun mula papar pergerakan suram ketika menuju dagangan penghujung sesi.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang melonjak pada Selasa lalu hampir mencapai ketinggian 1.08400 kembali bergerak mendatar di paras 1.08000 pada Rabu semalam.
Zon tersebut menjadi sokongan buat harga setelah harga dilihat tidak berupaya untuk turun lebih rendah melepasinya.
Harga juga turut bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu memberi isyarat untuk pergerakan bullish.
Kenaikan perlahan harga di penghujung sesi New York dan bersambung pada sesi Asia pagi ini dilihat menguji ketinggian harga pada Selasa lalu.
Harga berpotensi untuk melanjutkan kenaikan lebih tinggi untuk catatkan paras ketinggian terbaru minggu ini dengan sasaran untuk menuju zon 1.09000.
Sebaliknya, harga yang susut di bawah zon 1.08000 akan mengundang amaran untuk pelabur berwaspada bagi risiko kejatuhan harga semula.
Penurunan harga bakal mensasarkan untuk mencecah kembali paras sokongan pada 1.07000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW