Corak pengukuhan US dolar masih diteruskan pada dagangan Selasa semalam yang mengekalkan momentum dari penutup minggu lepas susulan laporan NFP yang baik.
Namun pelabur berhati-hati menantikan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini (Rabu) yang akan menjadi indikator penting kepada Federal Reserve (Fed) menuju mesyuarat FOMC September.
Sementara, Euro bergerak dalam tekanan dengan pengukuhan US dolar di awal minggu selain pelabur menantikan mesyuarat polisi bank pusat Eropah pada Khamis.
European Central Bank (ECB) dijangka untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah yang agresif sebanyak 60 mata asas ke paras 3.65%.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD dilihat semakin susut lebih rendah melepasi paras yang didagangkan pada minggu lalu.
Harga telah melepasi paras 1.10300 dan catatkan paras terendah terbaru 4 minggu ke sekitar 1.10150 namun masih lagi belum mencecah sasaran pada zon 1.10000.
Harga sedikit meningkat pada dagangan sesi Asia pagi ini dilihat menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Pergerakan harga yang kekal di bawah halangan itu akan terus memberi isyarat bearish buat harga.
Sekiranya harga melanjutkan penurunan, zon 1.10000 bakal diuji untuk ditembusi sebelum harga catatkan paras terendah terbaru lagi.
Sasaran akan beralih ke sekitar 1.09000 setelah kali terakhir harga berlegar di sekitar itu pada awal dagangan Ogos lalu.
Namun, jika harga melonjak melepasi halangan MA50, ini akan menjadi isyarat awal untuk perubahan trend berkemungkinan berlaku.
Kenaikan harga akan berdepan rintangan 1.11000 sebelum kenaikan lebih tinggi boleh diteruskan mencapai paras ketinggian pada Jumaat lalu sekitar 1.11500.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG