US dolar meneruskan pengukuhannya di awal minggu semalam walaupun pasaran Amerika Syarikat (AS) bercuti sempena Veterans Day, mengekalkan momentum pada dagangan penutup minggu lalu.
Sentimen kemenangan Donald Trump pada pilihan raya minggu lepas kekal menjadi dorongan positif buat US dolar, menekan kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran.
Euro alami kejatuhan ke paras terendah 7 bulan dengan tekanan pengukuhan US dolar tersebut, selain faktor risiko zon Eropah bakal berdepan tarif di bawah pentadbiran Trump selepas ini.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah tersungkur jatuh lebih rendah semalam melepasi zon support minggu lalu pada 1.07000.
Situasi telah dijangkakan lebih awal oleh pelabur berikutan isyarat bearish harga yang kekal bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Penurunan harga yang dilanjutkan telah mencecah paras terendah terbaru sejak April lalu ke sekitar 1.06300 sebelum mendatar menuju dagangan penutup sesi New York.
Pergerakan harga kekal perlahan menyambung dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa), namun kecenderungan adalah untuk harga meneruskan trend bearish tersebut.
Penurunan lebih rendah dijangka untuk menghampiri zon penting pada 1.06000 untuk harga menguji support tumpuan itu dengan reaksi akan diperhatikan.
Tembus lebih rendah akan menekan harga lebih ke bawah dengan sasaran beralih kepada 1.05000 pula.
Sebaliknya jika harga cuba membuat lantunan semula, paras 1.07000 dilihat sebagai rintangan bakal diuji harga selepas penurunan semalam telah melepasinya.
Kenaikan yang diteruskan melepasi halangan MA50 akan memberi isyarat awal bagi perubahan trend sebelum kenaikan bakal menuju 1.08000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES