Bursa Malaysia melepaskan keuntungan awal dan menutup sesi pagi lebih rendah sedikit disebabkan kekurangan pemangkin baharu.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurang sebanyak 0.64 mata (0.04%) kepada 1,600.58 berbanding 1.601.22 penutup Khamis.
Indeks barometer yang dibuka 2.24 mata lebih baik pada 1,603.46 dan bergerak antara 1,600.39 hingga 1,604.07 sepanjang sesi.
Dalam sentimen meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 509 berbalas 500. Manakala, 461 kaunter tidak berubah, 870 tidak diniagakan dan 26 yang lain gantung.
Mengikut kenyataan Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB), situasi KLCI kini dicerminkan berdasarkan campuran pasaran di Asia. ia susut 3.5 mata pada 1,601.2 mata berikutan penarikan semula pengambilan untung yang positif dengan purata volum dagangan (ADTV) susut 12.3% kepada RM3.13 billion.
Walaupun kerugian masih menguasai pasaran tempatan, keluasan pasaran kembali ke wilayah positif pada 1.3 daripada 0.99 sebelumnya yang dirangsang oleh keyakinan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan ekonomi Malaysia diramalkan bertambah baik dan inflasi yang sederhana.
Ulasnya lagi, mereka menganggap rali semasa mampu menghadapi rintangan yang sukar pada kawasan 1,620 hingga 1,642. Ia juga berpotensi mencetuskan aktiviti pengambilan untung ke arah sokongan utama yang berhampiran 1,588 dan paras sokongan 1,565 di tengah-tengah isyarat pasaran terlebih beli.