Situasi penyusutan US dolar pada minggu lalu nampaknya tidak diteruskan pada dagangan pembukaan awal minggu ini.
Didorong oleh kenyataan-kenyataan yang dilontarkan oleh pegawai-pegawai Federal Reserve (Fed) dengan nada yang berwaspada, pelabur masih berhati-hati untuk pergerakan US dolar minggu ini.
Walaupun data-data terbaru ekonomi Amerika Syarikat (AS) hadir dengan bacaan kurang memberangsangkan, namun penggubal dasar masih menilai dengan teliti sebelum mendapat keyakinan tinggi untuk memulakan langkah pemotongan kadar faedah.
Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat masih belum berjaya menembusi zon rintangan pada 1.09000.
Pada minggu lalu, harga telah membuat kenaikan menguji zon tersebut sambil mencatatkan paras ketinggian terbarunya itu.
Namun pada awal minggu semalam, kenaikan tidak berjaya diteruskan sebaliknya harga bergerak mendatar dan mula susut sedikit di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa), harga mendatar perlahan di sekitar paras 1.06000 dengan pelabur bersedia risiko kejatuhan semula harga.
Jika harga mula membuat penurunan, boleh dijangkakan untuk harga menuju semula ke zon tumpuan pada 1.08000 sebelum ini.
Susut lebih rendah dari itu akan memberi isyarat jelas untuk pertukaran trend bearish buat harga.
Sebaliknya jika harga berjaya mendapat rentak untuk membuat kenaikan semula, zon rintangan pada 1.09000 menjadi sasaran untuk diuji dan ditembusi.
Jika akhirnya harga berjaya lepasi rintangan tersebut, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan ke sasaran terbaru pada 1.1000 pula.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG