Data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang diterbitkan pada awal minggu semalam menjadi pemacu pergerakan bagi beberapa mata wang utama.
Data PMI Eropah yang ‘kemerahan’ diterbitkan telah memberi tamparan hebat buat mata wang Euro yang gagal untuk meneruskan peningkatan nilainya.
Pada sesi New York, situasi sama berlaku ke atas US dolar selepas sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bacaan angka yang merosot bagi aktiviti ekonomi pada bulan September.
Justeru, dapat dilihat kesan data-data berikut ke atas pergerakan pada harga carta pasangan mata wang EUR/USD semalam.
Harga yang pada mulanya perlahan di sesi Asia sekitar 1.11600 kemudiannya menjunam di sesi Eropah sehingga mencecah zon 1.11000.
Tidak melanjutkan penurunan lebih rendah, sebaliknya harga kembali melantun semula selepas zon tersebut diuji, menjadi support semasa buat harga.
Ini berikutan reaksi data PMI AS di sesi New York yang melemahkan US dolar menyaksikan harga melantun naik ke sekitar 1.11400.
Menuju ke penghujung sesi, harga susut semula menuju berhampiran zon 1.11000 dengan pergerakan harga mendatar menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa).
Harga yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu kini memberi isyarat untuk pergerakan bearish harga.
Sekiranya harga susut di bawah zon 1.11000, penurunan lebih rendah boleh dijangka berlaku dengan sasaran adalah pada tumpuan minggu sebelum ini, iaitu zon 1.10000.
Namun jika lantunan kukuh harga diperlihatkan selepas gagal tembusi 1.11000, kenaikan harga kembali mensasarkan pada rintangan 1.12000 yang masih belum berjaya ditembusi.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW