Walaupun alami kejatuhan di sesi Eropah semalam, Pound berjaya mengukuh semula berbanding US dolar pada sesi New York.
Harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat berjaya melantun dari kejatuhan sebelum catatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Februari 2022 yang lalu.
Situasi pergerakan harga itu didorong oleh reaksi terhadap data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang diterbitkan bagi bacaan bulan September ini.
Ekoran kedua-dua bacaan PMI bagi UK dan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan angka ‘kemerahan’, Pound melemah dahulu di sesi Eropah sebelum US dolar pula alami penyusutan pada sesi berikutnya.
Harga susut dahulu di bawah paras 1.33000 mencecah 1.32500 sebelum melantun lebih kukuh semula mencapai ketinggian terbaru sekitar 1.33600.
Pound manfaatkan kelebihan untuk meningkat selepas perubahan pada nada bank pusat England (BOE) pada mesyuarat minggu lalu, namun penganalisis memberi amaran untuk pelabur berhati-hati menjangkakan risiko bagi mata wang itu berikutan amaran Perdana Menteri UK Keir Starmer terhadap ekonomi domestik yang agak goyah.
Pada carta GBP/USD, harga masih bergerak pada trend bullish dengan berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Dengan corak yang sedang dipaparkan, harga dilihat cenderung untuk melanjutkan pendakian lebih tinggi menuju sasaran ketinggian terbaru pada 1.34000 pula.
Namun, risiko penurunan harga tetap perlu diawasi pelabur dengan jangkaan awal untuk harga singgah dahulu sekitar 1.33000.
Jika menjunam lebih rendah ke bawah dan melepasi paras semalam, penurunan harga berkemungkinan akan kembali hampiri zon tumpuan pada 1.32000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW