Corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD sebelum ini tidak diteruskan pada dagangan Khamis semalam susulan pengukuhan semula yang dipaparkan oleh US dolar.
Sebelum ini US dolar bergerak lemah beberapa hari setelah momentum pengukuhan selepas reaksi data NFP pada minggu sebelumnya tidak diteruskan.
Namun penganalisis kekal menjangkakan kelebihan buat US dolar dengan kenyataan-kenyataan yang disampaikan oleh ahli penggubal dasar Federal Reserve (Fed) juga dilihat tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah.
Pound berisiko untuk terus menerima tekanan sekiranya US dolar berjaya kekalkan pengukuhan sehingga ke penutup dagangan sesi terakhir minggu ini.
Jika diperhati pada carta GBP/USD, kenaikan harga mencapai setakat 1.26400 minggu ini sebelum penurunan dipaparkan semula semalam ke bawah paras 1.26000.
Setelah harga mencecah sekitar 1.25700, lantunan semula harga berlaku menuju ke penghujung sesi New York sebelum pergerakan harga berakhir di sekitar paras 1.26200.
Harga juga dilihat berlegar mengelilingi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu yang menjadi perhatian pelabur untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.
Sekiranya berlaku penurunan semula di bawah paras 1.26000, ini akan menjadi isyarat bearish untuk harga susut lebih rendah pada penutupan minggu ini.
Melepasi paras dicecah semalam, harga bakal menuju ke zon support pada 1.25000 untuk catatkan paras terendah terbaru lagi.
Sebaliknya jika harga paparkan lonjakan, kenaikan akan diteruskan mengatasi paras dicapai pada pertengahan minggu.
Kenaikan harga akan dipacu menuju ke paras tumpuan terhampir iaitu 1.27000 sebelum paras ketinggian minggu lalu sekitar 1.27700 akan menjadi sasaran seterusnya untuk diuji.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG