Situasi menarik berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD ketika dagangan penutup minggu lalu.
Pergerakan turun naik harga telah dipengaruhi oleh mata wang US dolar ketika pasaran memberi reaksi pada data inflasi pengeluar Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.
Susulan bacaan data yang meningkat untuk bulan Januari, US dolar telah mengukuh pada awalnya, namun kembali melemah semula pada penutup dagangan sesi terakhir minggu itu.
Sementara mata wang Pound pula merempuh gelora sepanjang minggu dengan kehadiran data-data ekonomi UK yang penting dan menjadi tumpuan bank pusat termasuk data inflasi, pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi.
Kejatuhan harga yang dipaparkan pada carta GBP/USD minggu lalu telah mencecah sekitar 1.25400 sebelum harga cuba paparkan kenaikan semula menuju penghujung minggu.
Pada Jumaat, kenaikan harga dilihat terbantut pada rintangan 1.26000 dan penurunan yang dipaparkan di sesi New York ketika data inflasi pengeluar AS diterbitkan, melihatkan harga cecah sekitar 1.25600.
Kemudiannya berlaku lantunan semula harga sehingga tembusi 1.26000 mencapai paras 1.26200 sebelum harga berundur sedikit ke paras 1.26000 semula untuk menutup sesi terakhir tersebut.
Harga berlegar di atas paras 1.26000 pada pembukaan dagangan awal minggu ini dengan jangkaan kenaikan harga boleh diteruskan lagi susulan kedudukan harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.
Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, paras ketinggian dicapai minggu lalu bakal dicabar iaitu sekitar 1.26800.
Zon 1.27000 juga akan diperhatikan untuk diuji harga pada corak kenaikan yang diteruskan atau berkemungkinan harga akan tembusinya pada minggu ini.
Sebaliknya, jika harga kembali susut di bawah paras 1.26000, penurunan semula harga akan dijangkakan untuk ke paras yang dicecah minggu lalu.
Seterusnya zon support yang berada pada 1.25000 menjadi sasaran berikutnya untuk diuji jika penurunan harga masih diteruskan.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW