Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Isnin semalam kekal mendatar menyambung corak serupa yang dipaparkan pada penutup dagangan minggu lalu.
US dolar dillihat masih mengekalkan pengukuhannya dari minggu lalu namun momentum semakin pudar dalam kewaspadaan pelabur menantikan keputusan mesyuarat FOMC minggu ini.
Pound juga berisiko didagangkan pada minggu ini ketika keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) juga akan diperhatikan.
Meneliti carta GBP/USD, pergerakan mendatar harga dilihat condong ke bawah dengan harga yang kekal berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu memberi petunjuk trend bearish.
Sehingga menyambung dagangan ke sesi Asia pagi ini (Selasa), harga berlegar perlahan di sekitar paras 1.27200 dan dijangka akan mencecah paras 1.27000 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.
Jika kedua-dua keputusan mesyuarat BOE dan Federal Reserve (Fed) menjurus penurunan lebih rendah buat harga, sasaran adalah untuk menuju kepada 1.26000.
Kali terakhir harga mencecah paras tersebut adalah pada awal Mac lalu, namun tidak berjaya tembus lebih rendah ke bawah.
Untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula, melepasi halangan MA50 akan menjangkakan harga naik untuk menuju semula zon 1.28000.
Jika rintangan tersebut juga berjaya dilepasi, harga boleh teruskan pendakian lanjutnya untuk kembali mencapai ketinggian 1.29000 yang gagal dilakukan pada minggu sebelum ini.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW