Isyarat pergerakan bearish diperhatikan pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Khamis semalam dengan penurunan harga yang berlaku.
Harga telah membuat penurunan semula setelah gagal meneruskan corak kenaikan yang dimulakan dari awal minggu.
Ini disebabkan oleh pemulihan semula US dolar untuk mengurangkan kembali kerugian yang dialami sebelum ini.
Selain itu, Pound merosot jatuh selepas pasaran menghadam keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) semalam dengan kadar faedah telah dikekalkan di paras 5.25%.
Nada dovish berterusan oleh BOE dan pasaran kini menjangkakan bakal berlaku pemotongan kadar faedah pada mesyuarat Ogos nanti.
Sekitar 70 pips penurunan harian dicatatkan pada Khamis semalam menyaksikan harga telah susut ke paras terendah awal minggu sekitar 1.26600.
Petunjuk bearish buat pelabur ketika penurunan harga dilihat bergerak semula di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.
Jika momentum dikekalkan, harga berkemungkinan akan meneruskan penurunan lebih rendah lagi selepas ini menuju sasaran 1.26000.
Sebaliknya jika kenaikan harga yang berlaku, paras tumpuan yang dilihat sebagai rintangan terhampir adalah pada 1.27000 untuk diuji harga.
Kenaikan lebih tinggi akan cuba mencabar paras yang dicapai Rabu lalu sekitar 1.27400 sebelum menuju zon tumpuan 1.28000.
Tumpuan pada hari ini adalah pada laporan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK dan AS yang bakal pengaruhi pergerakan Pound dan US dolar.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW