Corak pergerakan bearish harga diteruskan pada carta pasangan mata wang GBP/USD sehingga ke penutup dagangan penghujung minggu lalu.
Di sesi terakhir, harga jelas menyambung penurunan selepas pada beberapa sesi sebelumnya harga cuba untuk paparkan pemulihan sederhana.
Terjunan harga didorong oleh laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di sesi New York pada Jumaat lalu ekoran komponen-komponen pada laporan hadir dengan angka kukuh sekaligus mengukuhkan US dolar.
Pound gagal untuk menahan asakan US dolar yang mengukuh dari awal minggu lagi ketika sentimen pasaran yang berisiko dicetuskan oleh perang Iran-Israel memberi kelebihan kepada US dolar sebagai mata wang safe-haven.
Justeru, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah dilihat berundur turun semula selepas berjaya mencapai paras tertinggi 30 bulan sebelum ini.
Pada Jumaat, ada peningkatan yang ditunjukkan harga, namun selepas berada sekitar 1.31700, harga mula menjunam susulan reaksi pasaran terhadap data NFP yang diterbitkan.
Harga menjunam melepasi paras 1.31000 dan mencecah paras terendah terbaru 3 minggu pada 1.30700 sebelum melantun semula untuk menutup dagangan di atas 1.31000.
Pergerakan harga kekal berlegar perlahan di sekitar zon tersebut pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Isnin) dengan isyarat masih bearish menyaksikan harga berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.
Penurunan lebih rendah dijangka akan diteruskan sekiranya harga susut di bawah 1.31000 dengan paras terendah terbaru akan dicatatkan pada minggu ini.
Sasaran untuk penurunan lanjut harga adalah menuju 1.30000 dan seterusnya lebih rendah pada 1.29000.
Namun, jika kenaikan harga berjaya melepasi zon rintangan 1.31700-1.32000, harga menunjukkan potensi untuk kembali paparkan corak peningkatan semula.
Kenaikan harga berkemungkinan akan kembali mencapai ke zon tumpuan sebelumnya pada 1.33000 sebelum menuju pula zon rintangan 1.34000 yang diuji di penghujung dagangan September.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG