Carta pasangan mata wang GBP/USD seperti yang lain, turut sama pamerkan penurunan ke paras terendah terbaru pada dagangan Rabu semalam ketika US dolar mengekalkan pengukuhannya.
Pound terpaksa akur dengan situasi tersebut untuk menunduk lebih rendah menyusuli penurunan pada angka inflasi UK yang telah diterbitkan pada minggu lepas.
Tumpuan pelabur hari ini akan terarah kepada data PMI UK dan Amerika Syarikat (AS) untuk memerhati arah pergerakan bagi kedua-dua mata wang Pound dan US dolar tersebut.
Buat ketika ini, trend harga kekal bearish dengan isyarat pergerakan yang masih berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Pada Rabu semalam, harga meningkat perlahan di sesi Asia menghampiri paras 1.3000, namun kembali berubah arah pada dagangan sesi berikutnya.
Sehingga ke penghujung sesi New York, harga telah menjunam hampir menyentuh 1.29000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 10 minggu.
Jangkaan untuk harga menyambung penurunan lebih rendah dilihat perlu melepasi support semasa 1.29000 itu sebelum meneruskan trend bearish.
Jika tembusi ke bawah, penurunan harga dijangka bakal dilanjutkan menuju zon tumpuan berikutnya pada 1.28000.
Namun sekiranya harga berjaya paparkan lantunan dari zon 1.29000, rintangan pada 1.30000 akan kembali menjadi sasaran untuk diuji.
Selepas memberi isyarat untuk perubahan trend yang lebih jelas, kenaikan harga melepasi 1.30000 bakal diteruskan menuju pula sekitar 1.31000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES