Carta pasangan mata wang GBP/USD terselamat dari alami kejatuhan lebih parah apabila harga kembali paparkan lantunan semula pada dagangan Khamis semalam.
Pelabur sememangnya sudah bersedia menjangkakan penyusutan Pound untuk berlaku berikutan bank pusat England (BOE) telah memberi isyarat untuk beralih kepada pelonggaran dasar monetari mereka.
Namun, US dolar merubah situasi apabila kembali melemah semula semalam didorong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.
Penguncupan pada angka pertumbuhan ekonomi AS bagi suku pertama serta bacaan data lain yang merosot, kembali meningkatkan harapan untuk Federal Reserve (Fed) melaksanakan pemotongan kadar faedah.
Justeru, dapat diperhatikan berlaku lonjakan semula harga pada carta GBP/USD semalam setelah corak penurunan yang dipaparkan sebelum itu.
Penurunan harga telah menguji zon penting pada 1.27000 namun setelah cubaan untuk melanjutkan ke paras lebih rendah gagal, harga dilihat membuat kenaikan semula ke paras sekitar 1.27470.
Harga sedikit melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu untuk memberi isyarat awal perubahan trend bullish sedang berlaku.
Harga sedikit merendah di sekitar 1.27200 di sesi Asia pagi ini (Jumaat), namun jangkaan untuk harga meneruskan kenaikan masih ada.
Sasaran kenaikan yang diteruskan adalah untuk mencapai semula paras ketinggian 1.28000 yang merupakan zon rintangan penting buat harga.
Jika zon tersebut berjaya dilepasi, paras ketinggian terbaru 10 minggu bakal dicatatkan dengan sasaran akan beralih pula kepada 1.29000.
Sebaliknya, jika harga susut lebih rendah di bawah zon 1.27000, ini akan menandakan pergerakan bearish harga akan diteruskan semula.
Lanjutan penurunan harga akan menjangkakan paras sekitar 1.26000 untuk dicecah sekiranya US dolar berjaya mengukuh dengan lebih ketara selepas ini.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW