Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat kekal mendatar di bawah paras 1.31000 untuk beberapa hari sehingga Rabu semalam.
Dengan kekurangan data-data ekonomi penting untuk memacu pasaran sejak awal minggu, pergerakan harga lebih digerakkan oleh US dolar.
US dolar perlahan ketika pasaran menantikan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini (Khamis).
Minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan pada awal pagi tadi juga tidak berjaya menunjukkan pergerakan signifikan harga.
Walaupun begitu, US dolar masih menunjukkan pergerakan positif dengan peningkatan nilai yang perlahan selain mengekalkan tekanan ke atas mata wang Pound.
Meneliti carta GBP/USD, harga yang mendatar sejak awal minggu berlegar dalam julat 40 pips antara 1.31000 dengan paras sokongan pada 1.30600.
Isyarat bearish harga juga kekal apabila harga diperhatikan terus berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Jangkaan penurunan lebih lanjut harga akan diteruskan untuk catatkan paras terendah terbaru menuju sasaran terhampir pada zon 1.30000.
Dengan kesan data penting yang akan diterbitkan, harga boleh menjunam lebih rendah lagi, tetapi tidak mustahil juga untuk harga menunjukkan pergerakan arah yang bertentangan.
Sekiranya lonjakan harga yang berlaku menembusi rintangan 1.31000, kenaikan lebih tinggi berkemungkinan akan disaksikan menuju zon 1.32000 pula.
Isyarat perubahan trend lebih jelas akan meyakinkan pelabur untuk harga pulih ke paras lebih tinggi selepas itu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG