Keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 telah diketahui kesudahannya di mana kemenangan berpihak kepada Donald Trump untuk menerajui pentadbiran buat kali kedua.
Sejak dari sesi Asia pada Rabu semalam lagi, US dolar telah mula ‘tunjuk belang’ dengan pengukuhan nilainya mengiringi undian Trump yang mendahului sehinggalah kemenangannya di hujung acara.
Pengukuhan US dolar berterusan hingga ke sesi Eropah, namun momentum mula pudar di sesi New York semalam.
Carta harga pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan terjunan harian lebih 200 pips dengan tekanan pengukuhan US dolar terhadap mata wang utama termasuk Pound Sterling.
Pound akan bertambah tertekan pada hari ini (Khamis) ketika tumpuan akan terarah kepada mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada awal sesi New York malam nanti.
BOE dijangka akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 4.75%, bakal mendorong penyusutan nilai terhadap Pound.
Pada carta GBP/USD semalam, harga dilihat telah membuat penurunan dari paras ketinggian berhampiran 1.30500 sehingga menembusi paras 1.29000.
Harga mencecah sekitar 1.28400 kembali menguji zon yang diuji harga pada penurunan minggu lepas.
Namun berlaku lantunan semula untuk harga berlegar di sekitar zon 1.29000 semula sehingga dagangan yang bersambung ke sesi Asia hari pagi ini.
Kekal di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, isyarat bearish itu menjangkakan kecenderungan untuk harga meneruskan penurunan lebih rendah.
Menjunam semula di bawah 1.29000 akan mendorong harga catatkan paras terendah terbaru mengatasi paras semalam.
Sasaran adalah pada sekitar 1.28000 untuk penurunan harga yang dilanjutkan.
Namun jika harga menunjukkan kenaikan melepasi halangan MA50, paras 1.30000 bakal dihampiri untuk diuji.
Melepasi rintangan itu, kenaikan lebih tinggi boleh dijangkakan untuk harga mengatasi ketinggian yang dicapai sebelum terjunan semalam berlaku.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES