Corak bearish pada carta pasangan mata wang GBP/USD yang jelas dipaparkan pada minggu lalu agak terbantut ketika menyambung dagangan di awal minggu ini.
Walaupun paras terendah terbaru berjaya dicatatkan pada Isnin, namun momentum semakin pudar dan pergerakan harga lebih mendatar pada Selasa semalam.
Gagal meneruskan corak penurunan itu, harga juga dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda untuk kenaikan berlaku apabila bergelut untuk melepasi zon penting pada 1.31000.
Pengukuhan US dolar pada minggu lalu juga lebih suram ketika ini dengan pasaran yang berwaspada menantikan terbitan laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) di penghujung minggu boleh mempengaruhi pergerakan harga.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu), harga pada carta GBP/USD kekal perlahan di di sekitar 1.31000 sambil menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu sejak semalam lagi.
Gagal melepasinya akan menjangkakan penurunan harga bersambung lagi dengan paras terendah terbaru akan dicatatkan.
Sasaran terhampir adalah pada zon 1.30000 yang turut diuji pada dagangan September lalu.
Namun, tidak mustahil untuk harga bergerak pada arah yang berbeza selepas ini kesan kepada reaksi data yang diterbitkan atau perubahan pada sentimen semasa pasaran.
Sekiranya lonjakan kukuh harga dilihat melepasi halangan MA50 dan zon 1.31000, kenaikan lebih tinggi harga bakal dijangkakan susulan isyarat perubahan trend tersebut.
Harga bakal dipacu menuju zon 1.32000 sebelum reaksi harga diperhatikan untuk petunjuk pergerakan yang selanjutnya pula.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW