“Harga BTC tak main-main ye, asyik mengganas je meneruskan kenaikan.”
Para pelabur pasti terkejut apabila harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) malam semalam tanpa menunggu lama meneruskan pendakian sehingga $64,124 sebelum menerjun semula di bawah paras $60,000.
Hal ini kerana BlackRock memecahkan rekod volumnya bagi hari ketiga berturut-turut di mana terdapat lebih 96 juta saham bernilai $3.3 bilion, jadi di sini dapat dilihat ia dua kali ganda lebih banyak daripada Selasa $1.35 bilion yang meruntuhkan rekod Isnin $1.3 bilion.
Bukan itu sahaja, 10 spot BTC ETF juga didapati memiliki $7.7 bilion dalam jumlah dagangan yang memecahkan rekod sebelumnya $4.7 bilion, ulas penganalisis ETF di Bloomberg Intelligence James Seyffart.
Di pertengahan sesi dagangan pula, IBIT ialah ETF keempat paling banyak didagangkan di Amerika Syarikat (AS) manakala tiga lagi spot BTC ETF baharu berada dalam 20 teratas dan Seyffart berkata nombor-nombor ini sangatlah tidak masuk akal.
10 spot ETF yang baru tersenarai menarik $6.7 bilion dalam aliran masuk bersih sejak penampilan pertamanya pada Januari, kata BitMEX Research sambil menambah peruntukan pada spot ETF pada minggu ini dipercepatkan 41 bilion dalam dua hari dengan IBIT BlackRock tarik $520 juta dana baharu.
Suka dimaklumkan pemerhati pasaran kripto menunjukkan permintaan untuk spot BTC ETF sebagai daya penggerak penting di sebalik kenaikan harga BTC.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 7.59% pada paras $61,271 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 19.09% sepanjang minggu lepas.
Menerusi pemerhatian, kejatuhan semula harga BTC secara mendadak itu telah menyebabkan liquidations $700 juta tercetus untuk semua aset digital sepanjang 24 jam lalu kemudian mengakibatkan positions trading derivatif berleveraj flushing out.