“Semua mesti gelisahkan, ye la tiba-tiba je semua saham jatuh.”
Gangguan teknikal di Bursa Saham New York (NYSE) menyebabkan beberapa saham memaparkan harga tidak betul semalam termasuk Berkshire Hathaway yang menunjukkan kejatuhan 99% sebelum dagangan biasa disambung semula pada lewat pagi Isnin.
Isu tersebut berpunca daripada bands Limit Up-Limit Down (LULD) direka bagi mengawal turun naik, di mana kira-kira 50 saham telah terjejas sehingga menyebabkan saham Kelas AS Berkshire Hathaway menjunam daripada $620,000 kepada $185.10.
Bukan itu sahaja, firma lain seperti GameStop, AMC Entertainment dan Chipotle turut menghadapi isu yang sama tetapi perlu diingatkan sesungguhnya harga sudah kembali normal sejurus selepas masalah teknikal selesai.
Didedahkan lebih lanjut oleh NYSE, bands LULD di laman webnya telah berhenti berdagang melebihi harga had tertentu yang ditetapkan dan disemak pada selang masa tetap pada siang hari.
Memang tidak dinafikan sesetengah saham merekodkan perubahan drastik, tetapi pasaran umum tampaknya tidak terkesan disebabkan gangguan teknikal itu, ulas Art Hogan yang merupakan Ketua Strategi Pasaran di B. Riley Financial.
Biarpun wakil NYSE dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa masih belum memberikan maklumat lebih khusus tentang punca masalah yang timbul itu, firma induk NYSE dipanggil Intercontinental Exchange menegaskan bahawa tiada sebarang tanda-tanda serangan siber yang berlaku.
Tambahnya lagi, dagangan terjejas akan disiasat tetapi co-founder Themis Trading Joe Saluzzi menimbulkan keraguan tentang penjelasan awal NYSE dengan alasan transaksi yang dipersoalkan adalah tidak normal dan tidak memenuhi amalan standard.