“Biar betul harga BTC boleh naik lepas genjatan senjata? Macam tak boleh percaya je ni.”
Susulan ketegangan geopolitik di Gaza semakin meningkat, kumpulan militan Palestin Hamas akhirnya bersetuju melakukan genjatan senjata bersama Israel di mana kedua-dua negara itu berunding secara tidak langsung melalui Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS).
Memang tidak dinafikan faktor makroekonomi pada masa ini telah memberi kesan pada pasaran saham dan crypto, but kedua-dua kelas aset tersebut mampu melihat pemulihan sejurus selepas genjatan senjata diisytiharkan.
Traders options BTC mempunyai call bets untuk harganya mencecah $80,000 menjelang akhir Mei 2024 manakala penganalisis popular Ali Martinez meramalkan aset digital itu kekal dalam zon pembelian utama dan harganya akan mencapai $70,000.
Like to be informed volum dagangannya turut naik 40% dalam masa 24 jam lalu yang menunjukkan peningkatan minat di kalangan traders, but jumlah open interest niaga hadapan BTC sangat tidak menentu.
Kenaikan altcoin mungkin ditangguhkan disebabkan QCP Capital yang berpendapat ETH berisiko melihat penurunan 4% lagi susulan daripada kebimbangan berhubung SEC yang mungkin tidak meluluskan tarikh akhir spots Ethereum (ETH) ETF untuk VanEck dan Ark21 pada 23 serta 24 Mei.
Sementara harga Ripple (XRP) melepasi $0.55 sebagai tindak balas pada tarikh akhir SEC untuk memfailkan jawapannya dalam ringkasan remedies dan memecoin seperti Shiba Inu (SHIBA) turut buat kebangkitan semula.
Menerusi pemerhatian, harga ETH yang kini didagangkan pada paras $3,077 telah merekodkan junaman 2.38% dalam masa 24 jam terakhir manakala XRP pula mengukuh kira-kira 1.63% pada $0.53 dan SHIB turun 3.23% pada $0.000024.