Firma pelaburan, Goldman Sachs Group Inc dalam kenyataannya berkata peruntukan wang ke atas ekuiti pasif akan mencurah-curah dalam pasaran pada Julai berikutan rali berterusan sepanjang awal musim panas.
Scott Rubner, Pengarah Bahagian Pasaran Global Goldman berkata suku ketiga 2024 adalah di mana ‘dinding wang’ akan mengalir ke dalam pasaran saham AS dengan pesat.
Ulasnya lagi, harga saham akan mendapat manfaat daripada trend bermusim yang kukuh dan peningkatan melalui penglibatan daripada pelabur runcit. Petanda kemunculan semula dalam peniaga runcit semakin jelas pada bulan Julai.
Sejak 1928, 15 hari pertama bulan Julai merupakan tempoh dagangan dua minggu terbaik setiap tahun untuk pasaran ekuiti dan ia akan memudar selepas 17 Julai.
Indeks S&P 500 positif untuk sembilan bulan berturut-turut pada Julai dengan mencatatkan pulangan purata sebanyak 3.7%. Indeks Nasdaq 100 pula merekodkan catatan lebih dengan keuntungan dalam 16 bulan Julai berturut-turut dengan pulangan sebanyak 4.6%.
Pada tahun ini, Rubner menyasarkan sembilan mata asas modal baharu yang akan ditetapkan setiap kali bulan Julai dan menjadikannya $26 billion berdasarkan $29 trilion aset pasif yang tersedia untuk pelaburan.
S&P 500 bergerak semula di atas 5,300 pada hari rabu dengan meningkat untuk sesi keempat berturut-turut dan menghampiri paras tertinggi harian baharu berikutan syarikat teknologi terbesar dunia iaitu Nvidia memacu saham lebih tinggi.
Baru-baru ini, Nvidia Corp. mencatatkan satu rekod baharu dan kini mempunyai wajaran kedua terbesar dalam S&P 500 pada 6.6% mengatasi Apple Inc. pada 6.4% dan diekori dengan Microsoft Corp. pada 7%.