Perdana Menteri Greenland, Mute Egede, telah mennyatakan dengan jelas bahawa Greenland bukan untuk dijual dan tidak akan dijual.
Maklum balas ini adalah susulan kenyataan baru-baru ini daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, yang membayangkan bahawa Amerika Syarikat perlu mengawal Greenland atas sebab keselamatan.
Trump mencadangkan bahawa memiliki Greenland adalah penting untuk keselamatan negara Amerika kerana lokasinya dan penempatan pangkalan Tentera Udara Pituffik AS.
Pangkalan ini memainkan peranan penting dalam pengesanan awal peluru berpandu kerana kedudukan strategik Greenland antara Eropah dan Amerika Utara.
Ini bukan kali pertama Trump menunjukkan minat terhadap Greenland di mana pada tahun 2019, beliau telah menyatakan hasrat untuk membelinya, tetapi Denmark dan Greenland dengan pantas menolak idea itu, menyebutnya tidak masuk akal.
Cadangan itu telah menjejaskan hubungan diplomatik, dengan Trump membatalkan lawatan ke Denmark kerana kecewa.
Greenland, walaupun bergantung kepada sokongan kewangan Denmark, mempunyai hak untuk mengisytiharkan kemerdekaan.
Buat masa ini, pemimpinnya tetap teguh dalam melindungi autonominya.
Dalam pada masa yang sama, Trump juga mencetuskan ketegangan dengan Panama ekoran mengkritik tol terusan Panama.