“Wow bestnya, dalam sekelip mata je dah jadi jutawan.”
Semasa harga mata wang kripto Bitcoin (BTC) melihat momentum bullish, memecoin juga enggan ketinggalan apabila dogwifhat (WIF) akhirnya berjaya melepasi $0.69 pada 27 Februari semalam daripada $0.30 pada 24 Februari.
Peningkatan harga WIF tersebut telah memberi manfaat kepada trader yang membeli pada awalnya sebanyak 2.58 juta WIF bernilai $310 dalam Solana (SOL) telah menjana keuntungan $1.4 juta.
Bukan itu sahaja, seorang “smart trader” pula membelanjakan 14,000 SOL bernilai 41.54 juta untuk membeli 4 juta WIF sejak 16 Februari 2024 dan disebabkan kenaikan harga memecoin itu, keuntungannya naik pada $582,000.
Suka dimaklumkan trader sama yang disebutkan tadi telah membeli 3.95 juta WIF bernilai 5,000 SOL kemudian bertindak menjual simpanannya itu untuk memperoleh 6,443 SOL yang berharga kira-kira $150,000.
Umum mengetahui memecoin berasaskan SOL yang wujud pada penghujung tahun 2023 telah menarik perhatian peserta pasaran kripto secara pantas apabila harga WIF daripada $0.002 pada pertengahan Disember 2023 telah menggunung kepada lebih $0.30 pada akhir bulan.
Memecoin juga menjadi agak popular di platform media sosial seperti X susulan co-founder BitMEX Arthur Hayes telah tweet tentang WIF, di mana beliau menyiarkan fotonya memakai topi yang merujuk pada logo token itu.
Memang tidak dinafikan harga WIF telah menyaksikan kenaikan besar-besaran, tetapi semua trader harus beringat bahawa berurusan dengan memecoin itu adalah berisiko susulan daripada turun naiknya yang sangat besar.
Setakat penulisan ini, harga WIF mencanak sebanyak 14.85% pada paras $0.60 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $605 juta kemudian merekodkan pendakian 58.82% sepanjang minggu lepas.