“Pergh bukan biasa-biasa, dalam masa singkat je dah untung berjuta-juta dolar.”
Menjana hasil tanpa mengetahui siapakah gerangannya sedang menjadi trend di kalangan komuniti mata wang kripto apabila terdapat individu yang berjaya menjana keuntungan $3.02 juta dalam masa 12 minit sahaja.
Diperjelaskan, individu itu membeli 69.74 juta token SLERF bernilai $1.98 juta sebagai pertukaran untuk 9,894 Solana (SOL) kemudian menjual 25,000 SOL yang menghasilkan keuntungan secara keseluruhannya $5 juta.
SLERF ialah memecoin berasaskan blockchain SOL bertemakan makhluk Sloth, tetapi tidak seperti kelajuan perlahannya susulan token tersebut yang ternyata pantas disebabkan kemalangan telah mendorong harganya naik tinggi.
Perlu diketahui seorang pembangun SLERP tersilap langkah susulan membakar SOL bernilai $10 juta yang diperolehnya semasa prajualan token tersebut, oleh itu ia yang memohon maaf atas kejadian itu sedang berusaha bakar Liquidity Provider Tokens (LP).
Pada mulanya, pembangun itu cuba bakar LP menggunakan tools SOL vercel tetapi tidak berjaya, jadi ia yang pergi ke SOL sedang membersihkan shitcoin dihantar orang ke wallet dan secara tidak sengaja membakarnya dengan timbunan coins lain.
Rentetan itu, pembangun tersebut berkongsi maklumat prajualan baharu dan peserta prajualan tidak akan menerima sebarang airdrop tetapi berita lebih baik adalah harga SLERP menggunung pantas sehingga $2.
Sehingga berita ini ditulis, harga SLERF melonjak sebanyak 42.28% pada paras $0.93 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 52.14% dalam masa tujuh hari lepas.