Pasaran minyak mentah naik lebih $1 per tong semalam (Selasa) semasa OPEC+ sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran minyak secara sukarela pada suku kedua nanti bagi memberikan sokongan tambahan.
Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat $1.12 (1.4%) kepada $83.65. Manakala, minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) meningkat sebanyak $1.29 (1.7%) kepada $78.87.
Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya yang diketuai Rusia (OPEC+) bersetuju pada November untuk mulakan langkah pemotongan secara sukarela yang berjumlah kira-kira 2.2 juta tong sehari pada suku pertama tahun ini termasuk Arab Saudi.
Mereka juga boleh mengekalkan pemotongan tambahan itu sehingga akhir tahun ini.
Menurut Naib Presiden Kanan BOK Financial, Dennis Kissler berkata OPEC sedang menggerakkan harga minyak mentah sekitar $85 per tong. Mereka dijangka akan mengurangkan pengeluaran hingga akhir tahun ini.
Antara yang menjadi penyokong utama harga pada bekalan adalah konflik Israel-Hamas di mana Qatar sebagai pengantaranya. Sentimen global kini menyuarakan peringatan tentang pelaksanaan gencatan senjata di Gaza.
Presiden AS Joe Biden berkata beliau percaya gencatan senjata boleh dicapai dalam masa kurang seminggu sebelum kedatangan bulan Ramadan.
Pasaran minyak mentah global dijangka agak stabil tahun ini kira-kira $80 per tong.
Kedua-dua penanda aras minyak telah diselesaikan lebih daripada 1% pada Isnin selepas penurunan dua hingga tiga peratus berbanding minggu sebelumnya. Pasaran mengambil kira kemungkinan lebih besar bahawa pemotongan kadar faedah mungkin mengambil lebih masa daripada jangkaan sebelum ini.