Harga minyak merosot lebih daripada 1% per tong pada hari Isnin dengan Brent jatuh di bawah $90 apabila ketegangan perang di Timur Tengah mereda selepas Israel menarik lebih ramai tentera dari selatan Gaza.
Hal ini juga dalam memberi respon bahawa mereka komited terhadap rundingan mengenai gencatan senjata dalam konflik yang berlangsung selama enam bulan ini.
Minyak mentah Brent turun $1.48 (1.6%) kepada $89.69 per tong. Selain itu, minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula berada pada paras $85.54 per tong iaitu turun sebanyak $1.37 (1.5%).
Menurut Penganalisis Pasarana IG, Tony Sycamore berkata bahawa Israel telah menarik semua tenteranya kecuali satu briged di barisan Selatan Gaza.
Ia berlaku sebagai tindak balas kepada tekanan antarabangsa yang semakin meningkat dan meredakan ketegangan selepas mereka membunuh komander kanan Iran di Syria pada minggu lepas.
Baru-baru ini, Israel dan Hamas menghantar pasukan ke Mesir untuk lakukan rundingan baharu mengenai potensi gencatan senjata menjelang cuti Aidilfitri dan meredakan ketegangan di Timur Tengah yang menaikkan harga minyak lebih daripada 4% pada minggu lepas.
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant berkata bahawa Israel bersedia untuk menangani sebarang senario yang mungkin timbul dengan Iran selepas Tehran mengancam untuk membalas dendam di atas pembunuhan komander mereka pada 1 April lalu.
Sementara itu, laporan pekerjaan AS pada Jumaat lepas melebih daripada jangkaan. Ekonomi menamatkan suku pertamanya dengan kukuh dan berpotensi untuk melanjutkan masa pemotongan kadar faedah oleh Fed tahun ini.
Fed mungkin menolak pemotongan kadar di tengah-tengah data ekonomi AS yang kukuh dan pasaran buruh yang ketat.
Pelabur akan meninjau data Indeks Harga Pengguna (CPI) dari AS dan China yang akan dikeluarkan lewat minggu ini untuk petunjuk lanjut mengenai masa kemungkinan pemotongan kadar kerana kedua-duanya merupakan pengguna terbesar minyak utama dunia.