Selepas pergerakan mendatar dipaparkan di awal minggu, US dolar mula berikan arah yang lebih jelas pada dagangan Selasa semalam.
Pengukuhan US dolar kembali semula apabila berjaya capai paras tertinggi 6 minggu membenam mata wang utama yang lain dalam pasaran termasuk Euro.
Data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah dan Amerika Syarikat (AS) akan diperhatikan hari ini yang bakal mempengaruhi mata wang Euro dan US dolar.
Keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) akan menjadi tumpuan pada Khamis esok selain pelabur juga akan meneliti data pertumbuhan ekonomi AS untuk suku keempat 2023.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah papar pergerakan mendatar pada Isnin lalu di sekitar zon 1.09000.
Pada Selasa semalam, harga meningkat di sesi Asia capai ketinggian 1.09150 sebelum menjunam pada sesi-sesi berikutnya.
Penurunan harian sekitar 90 pips dicatatkan dengan terjunan harga di sesi New York mencecah paras 1.08200 menjadi rekod terendah terbaru 6 minggu.
Harga melantun sedikit pada penutupan penghujung sesi tersebut pada 1.08500 dan harga perlahan di sekitar itu pada dagangan awal sesi Asia hari ini (Rabu).
Masih bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD sebagai isyarat bearish, harga berkemungkinan akan menyambung penurunan lebih rendah menuju sasaran zon 1.08000.
Jika tembus lebih rendah lagi, sasaran seterusnya akan beralih kepada 1.07000.
Namun jika harga berjaya melonjak semula, halangan MA50 akan diuji dan harga perlu melepasi semula zon 1.09000 untuk memberi isyarat perubahan trend.
Kenaikan yang diteruskan selepas itu barulah akan kembali mensasarkan semula ke paras rintangan 1.10000 yang telah diuji pada awal Januari.
Lihat gambar carta harta pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW