“Anda semua boleh baca-baca la dulu sebagai persediaan ok.”
IntoTheBlock (ITB), platform analitik pasaran mata wang kripto menjangkakan kelulusan spot Bitcoin (BTC) ETF, naik taraf Ethereum (ETH) Dencun dan pelancaran produk staking EigenLayer bakal menjadi pemangkin bagi memacu sektor aset digital pada tahun 2024.
Suka dimaklumkan pelancaran spot BTC ETF telah pun melonjakkan aktiviti dalam sektor aset digital susulan BTC berjaya mencecah $47,000 serta pedagang kripto didapati mempertaruhkan lebih $3.25 juta pada hasil keputusan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) tentang produk itu.
Sungguhpun keputusan SEC masih tidak diketahui, tinjauan Bitwise mendapati hanya 39% daripada penasihat kewangan menjangkakan spot BTC ETF akan dilancarkan pada 2024 manakala penganalisis Bloomberg menekankan kemungkinan kelulusan adalah 90%.
Namun perlu diketahui juga sesetengah peserta pasaran kripto sungguh percaya kelulusan spot BTC ETF boleh menjadi acara sell-the-news sementara yang lain yakin harga BTC akan mencapai paras tertinggi tahunan baharu.
Selain itu, naik taraf ETH Dencun pada masa hadapan akan menjadi pemangkin yang mempengaruhi kripto pada 2024, di mana acara tersebut mungkin ditetapkan untuk berlangsung pada akhir suku pertama atau awal suku kedua.
Kemas kini itu dijangka akan meningkatkan kecekapan rollup layer-2 ETH melalui proto-darkshading yang memperkenalkan ruang storan sementara untuk pemprosesan transaksi lebih tinggi termasuk mengurangkan kos transaksi dan menarik lebih banyak aktiviti ekonomi ke dalam ekosistem.
Umum mengetahui pelancaran semula produk EigenLayer adalah antara acara paling dinanti-nantikan pada 2024 susulan ia memperkenalkan aplikasi baharu pada ekosistem serta memanfaatkan protokol staking liquidity sedia ada.
Terdapat pihak percaya staking pada EigenLayer akan memberikan hasil lebih tinggi daripada kadar staking sedia ada kerana protokol itu telah menarik lebih daripada $1 bilion dalam deposit dengan 70% datang melalui staking liquid.