Lonjakan kukuh semula harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah mengejutkan paras pelabur apabila sebelum ini kecenderungan harga adalah untuk menurun.
Pada Rabu lalu, harga telah ditekan jatuh mencecah sekitar 1.30000 merekodkan paras terendah terbaru 3 minggu.
Namun zon tersebut yang dilihat sebagai zon support buat harga telah berjaya menghalang kejatuhan lebih rendah dan melantunkan semula harga.
Pada Khamis semalam, harga perlahan di sesi Asia dan Eropah sebelum paparkan kenaikan pada dagangan sesi New York yang akhirnya berjaya menembusi rintangan sebelum ini pada 1.31000.
US dolar telah mula paparkan penyusutan yang agak ketara walaupun data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan angka yang baik.
Inflasi pengguna (CPI) pada Rabu menunjukkan penurunan menepati ramalan ke paras 2.5% yang mengukuhkan jangkaan untuk pemotongan kadar faedah akan dilaksanakan Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC minggu hadapan.
Momentum kenaikan harga pada carta GBP/USD diteruskan pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) dengan sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah menuju 1.32000.
Seterusnya, ketinggian yang dicapai pada penghujung minggu lalu ketika reaksi data NFP sekitar 1.32400 akan cuba diatasi sekiranya pergerakan bullish tersebut diteruskan.
Sebaliknya harga akan berisiko untuk jatuh lebih rendah sekiranya pergerakan harga yang mula susut di bawah paras 1.31000.
Penurunan yang dilanjutkan bakal kembali hampiri semula zon support pada 1.30000 seperti diuji pada Rabu lalu.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW