“Wow nampaknya Jack Dorsey pun dah nampak BTC ni berpotensi ke untuk masa hadapan?”
Setelah sekian lama berdiam diri, Jack Dorsey yang mengasaskan Block Inc iaitu sebuah firm tersenarai di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bakal membeli Bitcoin (BTC) setiap bulan melalui 10% daripada keuntungan kasarnya di dalam produk mata wang kripto tersbeut.
Menerusi pemerhatian, Block berkongsi program dollar cost average (DCA) kunci kira-kira korporatnya dalam memo dikeluarkannya baru-baru ini.
Dorsey turut berkongsi link ke “Bitcoin Blueprint for Corporate Balance Sheets”, jadi di sini dapat dilihat Block merancang untuk membeli BTC secara bulanan menggunakan pesanan TWAP yang sudah bermula pada April 2024.
Sekiranya melihat memo atau pelan tindakannya, Block memperuntukkan sebahagian daripada keuntungan kasar BTC bulanannya kepada pelaburan aset digital tersebut yang telah ditetapkan dan mengetepikan cabaran pemasaran pasaran.
Umum mengetahui bahawa harga BTC boleh menjadi sangat tidak menentu dan sukar untuk diramal susulan daripada tindakan harganya yang tidak selalu berkait dengan kelas aset sedia ada.
Namun perlu diketahui sesungguhnya Dorsey telah membuat pembelian BTC pertamanya pada Oktober 2020 sebanyak 4,709 BTC dan empat bulan kembelian beliau bertindak membeli lagi lebih 3,000 aset digital tersebut.
Setakat hari ini, Block berjaya memegang 8,038 BTC yang mewakili kira-kira 9% daripada jumlah tunai Block, kesetaraan tunai dan sekurit boleh pasar dan jumlah simpanan BTC firma tersebut pada harga hari ini bernilai $489 juta.