US dolar menamatkan dagangan pada minggu lalu dengan prestasi yang suram setelah gagal untuk mengekalkan siri pengukuhan harga yang berterusan sejak awal Januari bermula.
Selepas capai paras tertinggi 3 bulan pada minggu sebelumnya, US dolar paparkan penyusutan minggu lalu untuk merekodkan kerugian mingguan pertama tahun ini.
Petunjuk terhadap langkah penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) kekal menjadi pemacu US dolar dengan tumpuan minggu ini akan terarah kepada data indeks harga PCE Amerika Syarikat (AS).
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah mencapai ketinggian terbaru sekitar 1.08880 minggu lalu sebelum mendatar pada hari terakhir di atas zon 1.08000.
Pergerakan harga berlegar di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu yang menjadi pemerhatian pelabur untuk petunjuk arah harga selanjutnya.
Kenaikan lebih tinggi jika diteruskan di awal minggu ini akan menjangkakan zon rintangan 1.09000 untuk diuji selepas mengatasi ketinggian minggu lepas.
Seterusnya, corak pergerakan bullish itu akan diteruskan untuk mendorong kenaikan lebih tinggi harga menuju ke sasaran 1.10000.
Sebaliknya, jika harga mundur di bawah 1.08000, ini akan menjadi isyarat bearish yang boleh menyaksikan perubahan situasi berbanding minggu lalu.
Penurunan harga bakal dijangkakan untuk menuju paras sokongan pada 1.07000 yang menjadi tumpuan sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG