“Alamak, kenapa Justin Sun bertindak sebegini? Dah tak ada duit ke?”
Justin Sun, pengasas Tron dan penasihat HTX tanpa disedari bertindak mengeluarkan sejumlah besar $60 juta dalam aset digital daripada Binance sehingga meningkatkan jangkaan di kalangan peserta pasaran mata wang kripo.
Menerusi pemerhatian, pengeluaran itu termasuk 17,433 Ethereum (ETH) bernilai $43 juta, 66,999 AAVE $6.7 juta, 656.4 bilion Shiba Inu (SHIB) $6.3 juta, 61,249 Chainlink (LINK) $957,000, 27.16 bilion Floki Inu (FLOKI) $885,000, 1.7 juta Decentraland (MANA) $826,000 dan 100,100 BAND berharga $168,000.
Disebabkan Sun telah mengeluarkan SHIB daripada Binance dalam jumlah yang agak besar, kesan pengeluaran volum yang besar pada harga altcoin masih dapat dilihat sehingga sekarang.
Umum mengetahui pengeluaran volum yang besar berlaku semasa musim altcoin berakhir dalam kitaran berterusan, di mana harga Bitcoin (BTC) dan ETH mengalami penurunan pada minggu lalu sementara indeks musim Alt berada dalam momentum rendah pada 21 Januari 2024.
Suka dimaklumkan pengumpulan altcoins oleh pemegang wallet besar seperti Sun dapat mengurangkan tekanan jualan ke atas aset digital seterusnya membuka jalan untuk harga pulih atau melihat kenaikan dalam jangka pendek.
Pada sisi berbeza, bursa crypto HTX dan HTX DAO telah memulihkan perkhidmatan mereka setelah 15 minit terputus dalam siaran pada akaun X selepas dilanda serangan distributed denial-of-service (DDoS) yang berlaku pada hari Jumaat lepas.
Serangan DDoS direka untuk memaksa perkhidmatan dalam talian di luar talian, dengan membanjirinya dengan banyak permintaan, menggunakan kapasitinya dengan matlamat ia tidak dapat membalas permintaan yang sah