Corak pergerakan bearish telah dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD untuk dagangan sepanjang minggu lalu apabila US dolar berjaya paparkan pemulihan semula pada prestasinya.
US dolar berjaya mengukuh semula berbanding Pound, namun minggu ini akan lebih kritikal untuk kedua-dua mata wang tersebut.
Ini disebabkan keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) serta mesyuarat FOMC akan menjadi tumpuan pada minggu ini.
Pasaran akan menantikan petunjuk lebih jelas berkenaan langkah pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) selepas menilai data-data terbaru yang telah diterbitkan.
Keputusan bank pusat akan mempengaruhi corak pergerakan harga pada carta GBP/USD dan dijangka turun naik harga yang volatile akan diperlihatkan.
Pada Jumaat lalu, harga bergerak mendatar di atas paras 1.27300 setelah penurunan ketara pada hari sebelumnya dari zon 1.28000.
Trend bearish harga diteruskan dengan harga kekal berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini, harga masih perlahan di sesi Asia sekitar paras 1.27300.
Harga dijangka akan menghampiri paras 1.27000 untuk menguji zon RBS (resistance become support) itu jika corak penurunan minggu lalu diteruskan.
Untuk penurunan lebih rendah melepasi zon itu, harga akan mensasarkan pula ke paras tumpuan berikutnya iaitu sekitar 1.26000.
Namun jika sebaliknya harga memaparkan lantunan kukuh, halangan MA50 akan dilepasi sebelum harga menguji pula rintangan pada zon 1.28000.
Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan akan menyaksikan semula zon ketinggian 1.29000 menjadi sasaran sekali lagi untuk diuji harga.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW