Ekonomi Amerika Syarikat mengakhiri tahun lalu dengan pasaran buruh kian pulih kesan daripada pandemik COVID-19 dan dalam masa yang sama menyukarkan para penggubal Bank Pusat yang masih mengharapkan pertumbuhan upah dan pekerjaan untuk menurun kepada tahap yang sesuai.
Penambahan 216,000 pekerjaan kepada gaji bukann pertanian AS pada Disember dan pertumbuhan upah sebanyak 4.1% kedua-duanya melebihi jangkaan. Ia secara tidak langsung membuatkan bank pusat masih mencari petunjuk yang jelas terhadap pasaran buruh yang perlahan dan mendorong pedagang mengurangkan kebarangkalian mereka bahawa the Fed akan memulakan pengurangan kadar pada mesyuaratnya seawal bulan Mac.
Pertumbuhan pekerjaan bulanan sekitar 100,000 dan pertumbuhan upah tahunan sekitar 3% adalah garis panduan kasar the Fed untuk pertumbuhan dalam setiap aspek yang akan dianggap konsisten dengan sasaran inflasi 2% Fed.
Fed mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat Disember dalam julat semasa dari 5.25% hingga 5.5%. Namun isyarat yang dikeluarkan selepas sesi 12-13 Disember kearah bahawa tidak ada peningkatan kadar lanjut yang diperlukan, sementara unjuran baru menunjukkan bahawa majoriti penggubal dasar menjangkakan pengurangan kadar sebanyak tiga suku peratus akan sesuai pada akhir tahun.Namun disebalik semua itu pasaran pekerjaan masih menjadi teka-teki.
Minit mesyuarat Fed Disember mencatatkan bahawa “sebilangan” pengubal dasar Fed telah mula mempersoalkan berapa lama lagi dasar monetari yang ketat diperlukan, dan “menunjukkan risiko-risiko terhadp ekonomi ”
Fed di bawah Pengerusi Jerome Powell setakat ini cuba mengelak daripada mengambil pilihan yang sukar tersebut, dengan inflasi terus turun walaupun bersamaan dengan pertambahan pekerjaan dan upah. Ini mungkin mencerminkan perubahan dalam cara ekonomi berfungsi. Para penggubal the Fed kini menganggarkan bahawa kadar pengangguran sekitar 4.1% adalah konsisten dengan inflasi yang kekal stabil pada sasaran 2%. Namun begitu kebimbangan kekal pada pertambahan pekerjaan atau produktiviti pekerja yang boleh menarik cita-cita itu ke bawahnya, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek.
“Pertumbuhan pekerjaan jelas kian perlahan,” kata Skanda Amarnath, Pengarah Eksekutif Employ America, menunjukkan kepada penyesuaian dalam angka tambahan gaji bulan-bulan sebelumnya berdasarkan kajian perniagaan dan tahap pekerjaan yang lebih lemah. ” The Fed sepatutnya mengimbangkan tumpuan mereka dari cabaran inflasi kepada risiko-risiko ke bawah yang mungkin dihadapi pasaran buruh pada 2024.”