“Hmm mungkin boleh mungkin tidak, anda semua pula rasa macam mana?”
Raja mata wang crypto Bitcoin (BTC) menyaksikan pendakian besar-besaran sehingga $52,000 dalam beberapa minggu lalu, oleh itu perlu diketahui terdapat beberapa faktor yang dapat mendorong harganya menggunung lebih tinggi.
Antara faktornya adalah aliran keluar pertukaran BTC yang semakin meningkat, di mana pelabur telah beralih pada kaedah self-custody dan bukannya bergantung pada platform centralized dan ini dianggap pergerakan menaik susulan tekanan jualan dikurangkan.
Selain itu, faktor lain mungkin memainkan peranan dalam kenaikan harga BTC selanjutnya ialah acara halving BTC pada April tahun ini yang akan mengurangkan ganjaran blok miners daripada 6.25 BTC kepada 3.125 BTC.
Menerusi pemerhatian, halving telah bertindak sebagai pemangkin untuk kenaikan harga BTC pada masa hadapan susulan ia mengurangkan bilangan BTC baru dibuat, misalnya harga BTC capai paras tertinggi sepanjang masa pada $70,000 pada November 2021.
Suka dimaklumkan pendakian harga BTC juga boleh tercetus disebabkan dasar anti-inflasi ditunjukkan oleh Federal Reserve (Fed) susulan bank pusat menaikkan kadar faedah 11 kali antara Mac 2022 dan Julai 2023 untuk memerangi inflasi yang melambung tinggi kerana pandemik COVID-19.
Meskipun begitu, Fed mengekalkan penanda aras tersebut tidak disentuh semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) terbarunya yang membayangkan pemotongan kadar sepanjang 2024.
Kadar tinggi menjadikan peminjaman wang lebih mahal dan boleh menghalang minat orang ramai dalam pelaburan berisiko seperti kripto, sebaliknya menurunkan penanda aras boleh membenarkan lebih ramai individu dan entiti berurusan bersama aset berisiko dengan mendapatkan pembiayaan luar.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC yang didagangkan pada paras $51,435 telah mencatatkan junaman semula sebanyak 1.23% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1 trilion tetapi masih raih 2.72% sepanjang minggu lepas.