“Wah menarik, tapi korang jangan lupa kaji dulu tau sebelum beli apa-apa token berkaitan sektor itu.”
Lucie Sasnikova, pakar pemasaran Shiba Ecosystem dan Shibarium Tech baru-baru ini mendedahkan tiga sektor yang mampu menerajui pasaran bull run akan datang, berikut adalah senarai dan penerangan lanjutnya.
Altcoin Artificial Intelligence (AI)
Altcoin AI memaparkan turun naik secara besar-besaran di sekitar laporan pendapatan Nvidia pada Februari 2024 yang mengatasi konsensus.
Namun, Nvidia terus berkembang maju yang boleh menjadi petanda baik untuk mata wang kripto berkaitan AI susulan laporan Nvidia mengukuhkan naratif AI dan data coins disokong oleh pelepasan tool text-to-video Open AI dipanggil Sora yang sebelum ini turut mencetuskan kenaikan harga token AI.
Layer-2 Token
Dengan meme pool Bitcoin (BTC) yang penuh, rangkaian layer-2 bakal berguna susulan tinjauan kenaikan harga semasa diterajui oleh BTC dan putaran modal yang ketara akan menyebabkan altcoin layer-2 melihat minat diperbaharui.
Satu-satunya projek layer-2 popular yang memiliki token pada blockchain BTC ialah Stacks Protocol (STX) kerana ia boleh berfungsi dengan baik sekiranya layer-2 berkembang maju semasa pasaran kripto mengalami bull run nanti.
Sebaliknya, penyelesaian penskalaan layer-2 pada Ethereum (ETH) yang ditakrifkan oleh teknik pembangunan dijangka meningkatkan pemprosesan transaksi dengan memproses urus niaga di luar rantaian.
Token Gaming
Token gaming memiliki utiliti kuat di mana para peminat yang terdiri daripada pemain mengejar insentif melalui pendapatan dalam gaming dan perlu diketahui Gala Games (GALA), Axie Infinity (AXS) dan ImmutableX (IMX) ialah token gaming paling popular.
Token gaming juga kekal dinilai tinggi susulan memiliki jumlah pengguna besar ditarik ke ekosistem termasuk potensi peningkatan harga besar dan ini berlaku apabila pasaran kripto terus berkembang maju kemudian lebih ramai orang mula berminat untuk mengaplikasikan blockchain.